Friday, 14 April 2017

BEZA KE BUSY BOOK DAN FABRIC BOOK?

Assalamualaikum...
Lama mak tak menulis.
Hari ni nak kongsi sedikit ilmu tentang buku untuk bayi.
.
Apabila anak menjangkau usia 6 bulan, ibubapa mula mencari permainan yang sesuai untuk si comel mereka. Salah satu permainan yang bagus untuk diberikan pada anak-anak ialah ‘softbook’ dan ‘busybook’. Kadangkala ibubapa keliru, apa beza antara kedua-dua jenis buku ini.
.
Mari kita semak perbezaan soft book dan busy book
.
SOFT BOOK ialah buku kain yang dicetak gambar atau tulisan padanya. Ia berkonsepkan buku, cuma lembut dan selamat untuk dikeronyok, dihisap dan digigit oleh bayi. Tiada bucu tajam yang berbahaya pada buku kain/buku lembut atau biasanya dipanggil soft book ini.
.
Kebiasaannya soft book hanya mempunyai gambar dan huruf, dan aktiviti yang minima seperti bunyi plastik atau sedikit bunyi-bunyian apabila ditekan/sentuh/ Terdapat juga softbook yang dilengkapi dengan permainan yang selamat seperti teether dan rattles.
.
Pendedahan awal anak-anak kepada softbook secara tidak langsung boleh menyemai minat anak kepada buku. Selain itu ibubapa juga boleh bacakan buku secara santai kepada anak-anak semasa berehat di sofa dan katil. Tiada kerisauan buku akan terkoyak mahupun mencederakan anak.
.

.
BUSY BOOK pula ialah buku kain yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti di dalamnya. Aktiviti ini adalah untuk membantu perkembangan psikomotor halus dan daya fokus bayi.
.
Kebiasaan aktiviti yang terdapat di dalam busybook ialah
1. menggunakan zip
2. menggunakan buckle
3. mengikat tali kasut
4. aktiviti slide
5. merasai tekstur berbeza
6. mengenakan butang
7. mengenal muka jam
8. meramas kain untuk mendenga bunyi (bunyi plastik, etc)
9. menekan
10. pelbagai aktiviti merangsang semua deria
.
Dengan warna-warna yang ceria dan menarik, anak akan leka bermain aktiviti dalam buku ini untuk tempoh yang lama. Secara tidak langsung ia juga akan melatih supaya bayi mempunyai tempoh fokus yang lebih panjang.
.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
.

.
Kedua-dua jenis buku kain ini bagus untuk merangsang perkembangan bayi. Kebaikan buku-buku ini adalah ia didatangkan dari material yang teguh dan tahan lama. Ia juga boleh dibasuh apabila kotor.
.
Soft book sesuai diperkenalkan seawal 3 bulan manakala busybook sesuai untuk anak yang sudah mula meniarap. Lebih awal anak didedahkan dengan bahan sebegini, lebih banyak juga kesan positif kepada perkembangan anak-anak, insyaAllah.
.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengenalpasti apa perbezaan antara Softbook dan Busy Book.
.
Selamat memilih yang terbaik untuk anak syurga anda. Pelbagai pilihan buku di FB Page Mak Anak Dua tau :)
.
Ibubapa boleh dapatkan pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk merangsang mida dengan menghubungi kami di link berikut:
http://makanakdua.wasap.my

Sunday, 9 April 2017

MERANGSANG DAYA FOKUS ANAK SEBELUM USIA 4 TAHUN

Assalamualaikum semua.
Lamanya tak menulis. Alhamdulillah, hari ni Allah berikan kesembuahan selepas alahan teruk mengandungkan si twin. MasyaAllah tak sabar sungguh nak berkongsi sesuatu yang istimewa untuk mak-mak pembaca ni...
.
Alhamdulillah, mutakhir ini semakin banyak bahan-bahan yang interaktif siap tersedia untuk memudahkan ibubapa membuat aktiviti bersama-sama anak-anak. Seronok melihat ibubapa semakin cakna dengan pendidikan awal anak-anak.
.
Bagi anak-anak di bawah usia 4 tahun, keutaamaan diberikan untuk mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang merangsang perkembangan motor dan daya fokus anak. Pendedahan ini penting supaya anak-anak mempunyai kemahiran mengurus diri yang baik dan dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lebih bersedia.
.
Aktiviti bermain dengan objek kecil dapat membantu otot-otot kecil pada tangan anak berkembang dengan lebih optimum. Salah satu permainan yang amat sesuai untuk tujuan ini ialah mainan Genius Art Buttons.
.
.
Mainan ini sebenarnya adalah inovasi daripada permainan "mushroom nails" yang sangat bagus untuk melatih anak kecil memegang objek menggunakan jari. Namun, oleh kerana saiz mushroom nail yang sangat kecil, seringkali ibubapa bimbang ia mengundang bahaya kepada anak kecil. Jadi, walaupun tahu kebaikan mainan ini, ramai juga ibubapa yang tidak bersedia mendedahkan anaknya dengan mainan ini.
.
Genius Art datang dengan ciri-ciri yang telah ditambah baik. Menggunakan konsep mushroom buttons, saiz mushroom itu lebih besar dan mudah diurus. Anak juga lebih mudah untuk menekan dan mencabut mushroom dari tempatnya. Ia dapat membantu anak bermain lebih lama kerana leka dengan kemampuannya bermain sendiri. Saiz mushroom button yang lebih besar bukan sahaja memudahkan anak bermain tetapi juga memudahkan ibubapa menguruskan mainan anak.
.
.
Datangkan dengan 10 keping kad bercorak berlainan, Genius Art Buttons memberikan variasi aktiviti kepada anak-anak walaupun kemahiran yang digunakan sepanjang bermain sama sahaja. Kad bercorak yang berwarna warni ini akan membuatkan anak teruja untuk terus bermain. Ini turut mempengaruhi anak untuk belajar mengenal warna, bentuk dan objek.
.

.
InsyaAllah, dengan pendedahan yang berterusan kepada mainan seumpama ini, perkembangan otot-otot kecil pada tangan anak akan berlaku dengan optimum. Ini sangat penting sebagai persediasn anak menjalani kehidupan seharian termasuklah belajar memegang pensel kelak.
.
Secara tidak langsung, ibubapa juga boleh melatih anak berkomunikasi dan berinteraksi ketika bermain permainan ini. Latih anak untuk meminta bantuan ketika menghadapi kesukaran untuk menghasilkan corak yang tepat.
.
Untuk membeli permainan Genius Art Button, anda boleh menghubungi kami di link berikut 👇
http://makanakdua.wasap.my

🌹 SELAMAT MENDIDIK PARA KHALIFAH 🌹

Thursday, 9 February 2017

Artis pon consume Shaklee... TQ sebab percayakan produk ini!

Assalamualaikum semua...

Well, ramai boh text saya cakap nak cung macam artis.
Hmmm saya ni adelah jugak mengambil tahu dunia hiburan.
Memang betul beberapa orang artis cantik mengamalkan Shaklee termasuk penyanyi nombor satu negara, org kampung saya tu... Datuk Siti Nurhaliza.
Rasanya beliau amalkan Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E.
Ayu Raudah & Emma Maembong mengambil Vivix. Hmmm yang ni memang superb patutlah depa lawooo...

Ramai lagi... Mizz Nina, pon claim sebagai Shaklee consumer.
Rita Rudaini, even anak dia pon dibekalkan dengan nutrisi daripada Meal Shakes Shaklee.
Ramai rupanya ye yang tahu dan sudi berkongsi kebaikan Shaklee.
Suma disebabkan Shaklee memilih utk tak expose kat media maka xde banyak cerita pasal artis dan shaklee (tapi boleh Google yer...)
Kat overseas jgn ceritalah, Oprah siap buat tv show sharing tentang Shaklee. Banyak kat youtube. 
Even Jennifer lopez pon consume Vita-E Comples Shaklee, you!

Masa saya pregnant pon, malas-malas nak makan supplemen, ambil ESP, Ostematrix, VitaLea dan B-Complex jer, adik ipar terus cakap muka glowing2 dan bertenaga tak macam first pregnancy!
Alhamdulillah... Siap claim "Ni mesti sebab Kak Dila makan Shaklee tu kan???" 
Wah sangat!

Jadi jom consume produk-produk ini sekarang. Shaklee ternyata halal, selamat dan berkesan.

Nak tahu basic supplements suggested untuk kulit glowing dan flowless?
Tiga jer ~ Sustain Release Vitamin C Plus, Vita-E Complex & ESP sahaja
Basic je tau tapi kesan dia mabeles!
MAbeles bukan bermaksud serta-merta... Kena bg masa sikit la... Sabar sikit...


Kelebihan Vita-C Plus

- Meningkatkan sistem pertahanan badan 
- Perokok dan orang sekelilingnya memerlukan vitamin C
- Sejenis kolagen seperti glu yang melekatkan sel-sel 
- Mencegah gusi berdarah 
- Membantu menyembuhkan luka
- Memerangi kimia toksik
- Bertindak sebagai antioksida
- Memudarkan parut jerawat
- Mencerahkan kulit


Kelebihan Vita-E Complex

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel 
yang disebabkan oleh radikal bebas
- Melindungi paru2 dari pencemaran udara
- Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit
- Anti oksidan. Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
- Menyelesaikan masalah kelesuan
- Mengurangkan risiko parut yang besar
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah kanser
- Merendahkan risiko katarak.
- Membantu dalam perhubungan suami isteri 
- Wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.


Kelebihan ESP

- Membakar kalori dan mengenyangkan
- Membantu mengurangkan berat badan
- Mencantikkan kulit, kulit glowing
- Menganjalkan payudara
- Merupakan milkbooster, menjadi pilihan ibu-ibu
- Menangani masalah eczema dan masalah kulit
- Memudarkan parut jerawat

Boleh hubungi saya terus untuk order. Free consultation akan diberikan. 

Salam sayang,

Instagram: @mak.anak.dua
FB Pages: Mak Anak Dua

Testimonial: VIVIX vs SLE

Assalamualaikum semua...
Sebak dan sedih sebenarnya kalau nak start post pasal org yang sakit-sakit lps tu Allah bagi kesembuhan setelah jenuh berikhtiar ni.

Hari ni saya nak share cerita sebenar tentang Vivix yang berjaya membantu Master Iffah merawat SLEnya. (klik link untuk menonton video perkongsian beliau)

Jom baca pengalaman beliau!

Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya...
Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini...
Mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya (itu kata doktor sains).

Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 - 2002: Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah... Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu... Jasamu tidakkan kulupakan...)
2003 - 2007: Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA... Menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... Tetapi usaha tidak berjaya...
Oct 2006: Collapse sekali lagi, liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom... Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca... (According to the doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah...) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup, berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.

Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa... if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku..(^__^)

Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud...
Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu, rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid...
tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit...
terdapat juga ubat tambahan yang diberikan spt plaquenil utk MCTD dll (hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau) dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri...
Iffa bertemu Shaklee...
Mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib...
Kuasa Allah SWT..

Dan ini satu lagi testimonial seorang ibu yang berikhtiar dengan Vivix untuk merawat SLE anakandanya.

Ok cukup! Nanti saya share lagi testimoni tentang Vivix ni... 
Memang best!

Semua penyakit ada penawarnya, kan,.. 
Dan ikhtiar dgn vivix? InsyaAllah...

Saya juga berikhtiar dengan Vivix.
Nanti kita kongsi, ya!


Salam sayang,
Tursted SID since 2013

Instagram: @mak.anak.dua
FB Pages: Mak Anak Dua

SET MENJAHIT HURUF HIJAIYYAH

Assalamualaikum semua...
Selamat menyambut Thaipusam bagi pembaca beragama Hindu.

Cuti-cuti ni kan, apa agaknya plan mak-mak untuk aktiviti anak-anak di rumah?
Apa kata saya perkenalkan dengan sesuatu yang menarik untuk aktiviti seisi keluarga.


Alkisahnya, Set Menjahit Huruf Hijaiyah ini merupakan bahan yang dihasilkan oleh seorang ustaz di sekolah pendidikan khas semasa praktikum beberapa tahun terdahulu. Di ketika itu beliau hasilkan sendiri menggunakan kertas biasa sahaja dan Alhamdulillah, hasilnya sungguh memberangsangkan.

Maka bermula dari itu anak-anak murid khas beliau teramatlah sukakan aktiviti ini dan mereka pun seringlah minta untuk bermain bahan bantu ini walaupun designnya tidak menarik mana pun ketika itu.

Mereka mula membina kemahiran demi kemahiran dari bertatih menulis huruf dan semakin mengenali huruf hasil daripada melakukan aktiviti menjahit huruf ini.
Adapun ketika beliau praktikum, pensyarah IPG yang memantau Dr Zahiah Binti Haris sangat sukakan aktiviti ini dan ia menjadi antara asbab beliau mendapat keputusan cemerlang ketika di dalam praktikum.
Alhamdulillah.

Meskipun ia adalah aktiviti yang ringkas sahaja, namun ia telah membina kemahiran yang betul, tepat, dan sesuai kepada keperluan murid-murid berkeperluan khas.


Jika anak-anak pendidikan khas boleh berjaya mengenali huruf melalui aktiviti ini..anak anda juga tentu boleh!

Set ini sesuai untuk kita bantu anak2 kita untuk selesaikan masalah tidak fokus, obses gadjet, obses pada skrin, psikomotor lemah, tidak minat belajar, tantrum dan mudah bosan.

4 aktiviti menarik dalam 1 kotak ini:
+ menjahit dalam gelap
+ menjahit di plastik kanvas
+ menjahit menggunakan jarum plastik
+ merasa huruf yang dijahit

Antara manfaat daripada aktiviti ini:
(a) membina kemahiran psikomotor anak
(b) sesuai dengan teknik pembelajaran abad ke-21

Setiap set mengandungi:
31 keping kad
29 utas tali
1 batang jarum plastik
1 plastik kanvas
1 flyers

Jangan berlengah lagi. Hanya RM39 sahaja setiap kotak, tidak termasuk kos penghantaran.

Semoga aktiviti ini bermanfaat untuk semua :)

Salam sayang

FB Page: Mak Anak Dua
Instagram: @mak.anak.dua

Wednesday, 8 February 2017

PROMOSI FEBRUARI 2017

Sejak saya restok bendalah ni... Asyik hilang je yg sebotol tu... Tuan suami dah jatuh hati jugak... Songlap bawak p opis 

Nasib baik la memang dah siap-siap pack untuk kegunaan sendiri selama 1 minggu dalam Shaklee stacker yang eksklusif itu. Jadi, tuan nak bawa sebotol pon tak pe lah tuan, cik puan sukaaaa je...

Hari ni tak ke mana-mana. Cuti katanya... Batu Caves jem bak ang! So esok je kita pergi restock. Ada yang nak join order & pos? Whatsapp terus ye → 017-349 0890

Siapa perlukan OSTEMATRIX Shakle?
1. Ibu mengandung
2. Ibu yg menyusukan anak
3. Penghidap sembelit
4. Penghidap migrain
5. Mangsa kemalangan yang mengalami patah/retak tulang
6. Mereka yang sakit gigi
7. Wanita yang menghampiri usia menopaus
8. Pesakit osteoporosis/osteoarthritis
9. Pesakit lutut & sendi
10. Pengguna ubat tahan sakit yang mahu bertukar kepada produk bebas bhn kimia dan steroid



Ramai lagi yang patut ambil kalsium magnesium semulajadi ni. Hubungi saya untuk sembang-sembang tepi dan membeli pada harga promosi 

017-349 0890

Nota kaki: Saya mula mengambil Ostematrix sebagai supplement ketika mengandung & menyusukan puteri kedua saya sekitar tahun 2013. Juga pengganti ubat tahan sakit untuk masalah slipped disc. Mabeles!

Trusted SID since 2013

Wednesday, 7 December 2016

HOMEMADE BALM TASNEEM NATUREL

Assalamualaikum semua...

Maafkan hamba lama sungguh tidak menjelma.
Agak sibuk kekdahnya menguruskan perniagaan dan keluarga.
Alhamdulillah, Allah izin menulis lagi hari ini.
Seronoknya!

Alhamdulillah juga, menjelang 2017 ni perniagaan kami mula berjinak-jinak pula memperkenalkan produk buatan muslim dari rumah.

Pertama kali ini jom kita berkenalan dengan HOMEMADE BALM TASNEEM NATUREL dulu ya :)


Balm Tasneem Nature adalah produk DIY (Do It Yourself), yang diusahakan oleh Puan Haridah Sahri, salah seorangn usahawan muslim di Malaysia. Malah anda juga boleh buat sendiri di rumah kerana prosesnya mudah sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan Balm Tasneem Nature. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi.
1. Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.
 2. Shea butter
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.
Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.
3. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Nature. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.
Minyak kelapa sangat lembut dan halus dalam merawat kulit bayi. Malah ia mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kulit anak anda seperti ekzema, kulit melecet dan kulit kering. Ia juga bagus diletakkan di rambut.
Saya sendiri sudah lama tidak menggunakan krim-krim di pasaran bagi menyembuhkan kulit melecet anak yang memakai diaper kerana kebanyakannya mempunyai steroid. Memang minyak kelapa mampu menyembuhkan kulit bayi yang melecet.
4. Minyak Pati / Essential Oil
Kekuatan produk Balm Tasneem Nature ini adalah pada Essential Oil yang digunakannya. Essential Oil yang digunakan adalah daripada Young Living. Antara produk yang berkualiti tinggi ketika ini dalam menyembuhkan penyakit dan mengatasi masalah-masalah tertentu secara semulajadi.
Apa yang menariknya, balm ini adalah hasil campuran Essential Oil Young Living yang mampu menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Essential Oil adalah minyak yang dihasilkan secara semulajadi daripada tumbuhan. Pati minyak ini berfungsi menghasilkan bauan yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan produk ini, anda boleh menghubungi saya terus di talian 017-349 0890. Jom tukar kepada yang natural dan selamat!