Wednesday, 7 December 2016

HOMEMADE BALM TASNEEM NATUREL

Assalamualaikum semua...

Maafkan hamba lama sungguh tidak menjelma.
Agak sibuk kekdahnya menguruskan perniagaan dan keluarga.
Alhamdulillah, Allah izin menulis lagi hari ini.
Seronoknya!

Alhamdulillah juga, menjelang 2017 ni perniagaan kami mula berjinak-jinak pula memperkenalkan produk buatan muslim dari rumah.

Pertama kali ini jom kita berkenalan dengan HOMEMADE BALM TASNEEM NATUREL dulu ya :)


Balm Tasneem Nature adalah produk DIY (Do It Yourself), yang diusahakan oleh Puan Haridah Sahri, salah seorangn usahawan muslim di Malaysia. Malah anda juga boleh buat sendiri di rumah kerana prosesnya mudah sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan Balm Tasneem Nature. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi.
1. Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.
 2. Shea butter
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.
Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.
3. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Nature. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.
Minyak kelapa sangat lembut dan halus dalam merawat kulit bayi. Malah ia mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kulit anak anda seperti ekzema, kulit melecet dan kulit kering. Ia juga bagus diletakkan di rambut.
Saya sendiri sudah lama tidak menggunakan krim-krim di pasaran bagi menyembuhkan kulit melecet anak yang memakai diaper kerana kebanyakannya mempunyai steroid. Memang minyak kelapa mampu menyembuhkan kulit bayi yang melecet.
4. Minyak Pati / Essential Oil
Kekuatan produk Balm Tasneem Nature ini adalah pada Essential Oil yang digunakannya. Essential Oil yang digunakan adalah daripada Young Living. Antara produk yang berkualiti tinggi ketika ini dalam menyembuhkan penyakit dan mengatasi masalah-masalah tertentu secara semulajadi.
Apa yang menariknya, balm ini adalah hasil campuran Essential Oil Young Living yang mampu menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Essential Oil adalah minyak yang dihasilkan secara semulajadi daripada tumbuhan. Pati minyak ini berfungsi menghasilkan bauan yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan produk ini, anda boleh menghubungi saya terus di talian 017-349 0890. Jom tukar kepada yang natural dan selamat!

No comments:

Post a Comment