Thursday, 9 February 2017

SET MENJAHIT HURUF HIJAIYYAH

Assalamualaikum semua...
Selamat menyambut Thaipusam bagi pembaca beragama Hindu.

Cuti-cuti ni kan, apa agaknya plan mak-mak untuk aktiviti anak-anak di rumah?
Apa kata saya perkenalkan dengan sesuatu yang menarik untuk aktiviti seisi keluarga.


Alkisahnya, Set Menjahit Huruf Hijaiyah ini merupakan bahan yang dihasilkan oleh seorang ustaz di sekolah pendidikan khas semasa praktikum beberapa tahun terdahulu. Di ketika itu beliau hasilkan sendiri menggunakan kertas biasa sahaja dan Alhamdulillah, hasilnya sungguh memberangsangkan.

Maka bermula dari itu anak-anak murid khas beliau teramatlah sukakan aktiviti ini dan mereka pun seringlah minta untuk bermain bahan bantu ini walaupun designnya tidak menarik mana pun ketika itu.

Mereka mula membina kemahiran demi kemahiran dari bertatih menulis huruf dan semakin mengenali huruf hasil daripada melakukan aktiviti menjahit huruf ini.
Adapun ketika beliau praktikum, pensyarah IPG yang memantau Dr Zahiah Binti Haris sangat sukakan aktiviti ini dan ia menjadi antara asbab beliau mendapat keputusan cemerlang ketika di dalam praktikum.
Alhamdulillah.

Meskipun ia adalah aktiviti yang ringkas sahaja, namun ia telah membina kemahiran yang betul, tepat, dan sesuai kepada keperluan murid-murid berkeperluan khas.


Jika anak-anak pendidikan khas boleh berjaya mengenali huruf melalui aktiviti ini..anak anda juga tentu boleh!

Set ini sesuai untuk kita bantu anak2 kita untuk selesaikan masalah tidak fokus, obses gadjet, obses pada skrin, psikomotor lemah, tidak minat belajar, tantrum dan mudah bosan.

4 aktiviti menarik dalam 1 kotak ini:
+ menjahit dalam gelap
+ menjahit di plastik kanvas
+ menjahit menggunakan jarum plastik
+ merasa huruf yang dijahit

Antara manfaat daripada aktiviti ini:
(a) membina kemahiran psikomotor anak
(b) sesuai dengan teknik pembelajaran abad ke-21

Setiap set mengandungi:
31 keping kad
29 utas tali
1 batang jarum plastik
1 plastik kanvas
1 flyers

Jangan berlengah lagi. Hanya RM39 sahaja setiap kotak, tidak termasuk kos penghantaran.

Semoga aktiviti ini bermanfaat untuk semua :)

Salam sayang

FB Page: Mak Anak Dua
Instagram: @mak.anak.dua

No comments:

Post a Comment