Friday, 14 April 2017

BEZA KE BUSY BOOK DAN FABRIC BOOK?

Assalamualaikum...
Lama mak tak menulis.
Hari ni nak kongsi sedikit ilmu tentang buku untuk bayi.
.
Apabila anak menjangkau usia 6 bulan, ibubapa mula mencari permainan yang sesuai untuk si comel mereka. Salah satu permainan yang bagus untuk diberikan pada anak-anak ialah ‘softbook’ dan ‘busybook’. Kadangkala ibubapa keliru, apa beza antara kedua-dua jenis buku ini.
.
Mari kita semak perbezaan soft book dan busy book
.
SOFT BOOK ialah buku kain yang dicetak gambar atau tulisan padanya. Ia berkonsepkan buku, cuma lembut dan selamat untuk dikeronyok, dihisap dan digigit oleh bayi. Tiada bucu tajam yang berbahaya pada buku kain/buku lembut atau biasanya dipanggil soft book ini.
.
Kebiasaannya soft book hanya mempunyai gambar dan huruf, dan aktiviti yang minima seperti bunyi plastik atau sedikit bunyi-bunyian apabila ditekan/sentuh/ Terdapat juga softbook yang dilengkapi dengan permainan yang selamat seperti teether dan rattles.
.
Pendedahan awal anak-anak kepada softbook secara tidak langsung boleh menyemai minat anak kepada buku. Selain itu ibubapa juga boleh bacakan buku secara santai kepada anak-anak semasa berehat di sofa dan katil. Tiada kerisauan buku akan terkoyak mahupun mencederakan anak.
.

.
BUSY BOOK pula ialah buku kain yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti di dalamnya. Aktiviti ini adalah untuk membantu perkembangan psikomotor halus dan daya fokus bayi.
.
Kebiasaan aktiviti yang terdapat di dalam busybook ialah
1. menggunakan zip
2. menggunakan buckle
3. mengikat tali kasut
4. aktiviti slide
5. merasai tekstur berbeza
6. mengenakan butang
7. mengenal muka jam
8. meramas kain untuk mendenga bunyi (bunyi plastik, etc)
9. menekan
10. pelbagai aktiviti merangsang semua deria
.
Dengan warna-warna yang ceria dan menarik, anak akan leka bermain aktiviti dalam buku ini untuk tempoh yang lama. Secara tidak langsung ia juga akan melatih supaya bayi mempunyai tempoh fokus yang lebih panjang.
.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
.

.
Kedua-dua jenis buku kain ini bagus untuk merangsang perkembangan bayi. Kebaikan buku-buku ini adalah ia didatangkan dari material yang teguh dan tahan lama. Ia juga boleh dibasuh apabila kotor.
.
Soft book sesuai diperkenalkan seawal 3 bulan manakala busybook sesuai untuk anak yang sudah mula meniarap. Lebih awal anak didedahkan dengan bahan sebegini, lebih banyak juga kesan positif kepada perkembangan anak-anak, insyaAllah.
.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengenalpasti apa perbezaan antara Softbook dan Busy Book.
.
Selamat memilih yang terbaik untuk anak syurga anda. Pelbagai pilihan buku di FB Page Mak Anak Dua tau :)
.
Ibubapa boleh dapatkan pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk merangsang mida dengan menghubungi kami di link berikut:
http://makanakdua.wasap.my

No comments:

Post a Comment